Wednesday, March 18, 2009

WANITA TERKECIL DI DUNIA


Dengan ketinggian 1 kaki 11 inci,Jyoti Amge yang kini berusia 15 tahun dianggap sebagai wanita paling kecil di dunia,beratnya hanya 11 paun.Walaupun dia dipandang sebagai satu kekurangan namun Jyoti amat gembira kerana saiznya itu membuatkan dirinya dilayan seperti selebriti.
''Saya gembira kerana kecil sebab saya dapat perhatian dari orang ramai,lagipun saya juga seperti orang lain,makan seperti manusia,tidur dan bermimpi seperti manusia,tiada perbezaan pun selain dari saiz sahaja,"katanya.
Kini dia bersekolah di Sekolah Menengah Nagpur India dan disediakan sebuah meja khas untuknya.Dia dilahirkan normal,ketika usianya lima tahun keluarganya menyedari tentang proses pembesarannya terganggu.

No comments:

Post a Comment