Thursday, March 19, 2009

MALAYSIA KAYA MAKANAN TRADISI


PERLIS-Tidak sah berkunjung ke negeri paling utara ini jika tidak mencuba laksa Kuala Perlis yang terkenal kerana dibuat daripada tepung beras.Berkunjunglah ke pesisir pantai Kuala Perlis,dikenali sebagai Laman Brasmana.
KEDAH-Jika ke Pekan RABU jangan lupa singgah membeli kuih muih tradisional seperti cakar ayam,dodol, dan peniram.
PULAU PINANG-Turut dikenali sebagai syurga pelbagai jenis makanan yang enak dan begitu terkenal dengan nasi kandar kari kepala ikan.
PERAK-Durian Perak jadi pilihan kerana setiaap tahun ribuan pengunjung menyerbu Bukit Gantang untuk menikmati lebih 25,000 durian percuma.
KELANTAN-Hidangan nasi berwarna ungu dan disediakan bersama ulam yang dihiris halus serta sambal ikan dilengkapi dengan budu dan sambal lada sangat menyelerakan.
TERENGGANU-Keenakkan nasi dagang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.
PAHANG-Menyajikan masakan ikan patin dengan pelbagai cara masakan.
JOHOR-Nikmati keenakkan nasi beriani gam dengan lauk ayam,daging atau kambing yang dihidangkan bersama dalca,papedom dan acar timun.
MELAKA-Tidak lengkap datang ke Melaka kalau tidak menikmati asam pedas.
NEGERI SEMBILAN-Nikmati pelbagai hidangan bersama ayam,daging,udang,ikan dan sebagainya dimasak dalam resepi masak lemak cili padi.
SELANGOR-Sate Kajang jadi sebutan malah Kajang sendiri dikenali sebagai 'Bandar Sate'.
KUALA LUMPUR-Sebut saja nasi lemak,ramai memuji keenakkan nasi lemak yang dijual di Kampung Baru.
SARAWAK-Permintaan tinggi ikan terubuk disebabkan keenakkan isi dan telurnya lebih-lebih lagi jika dipanggang sebelum dicicah asam limau dan kicap manis.
SABAH-Rasailah keenakan keropok amplang yang rangup dibuat daripada isi ikan tenggiri.

No comments:

Post a Comment