Thursday, March 19, 2009

MENGIGAU

Satu hari bapa saya menceritakan bagaimana saya mengigau ketika tidur.Waktu itu saya dalam tahun dua.Pada satu malam yang sunyi sepi,kira-kira jam 2.3Opagi ayah dan ibu terjaga dan terkejut dari tidur kerana tiba-tiba saja mereka terdengar suara seorang budak sedang membaca surah Al Fatihah dengan khusuknya.Rupa-rupanya budak itu adalah saya.Kata bapa saya membaca Al Fatihah dalam keadaan duduk dan mata terpejam,Selepas saja habis membaca,saya kembali berbaring dan tidur semula.Keesokan hari bapa bercerita pula kisah ini pada atuk dan nenek,apalagi semua mereka ketawa gelihati mendengar cerita bapa.

No comments:

Post a Comment