Saturday, February 28, 2009

AKU SEBUAH KERATA


AKU SEBUAH KERTA.NAMAKU PROTON WIRA.AKU TELAH DIBUAT DI SEBUAH KILANG DI KUALA LUMPUR.


PADA SUATU HARI,AKU TELAH DIHANTAR DI SEBUAH KEDAI KERETA.AKU TELAH DIPAMERKAN BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKANKU DI SEBUAH BILIK KHAS.


TIBA-TIBA,SEORANG LELAKI HENDAK MEMBELIKU.AKU BERASA SANGAT GEMBIRA KERANA DIA TELAH MEMBELIKU.


TUANKU BERNAMA PG MUHAMMAD LUTFIL HADI.DIA BERUMUR 35 TAHUN.BELIAU IALAH SEORANG HARTAWAN.RUMAHNYA SANGAT BESAR DAN CANTIK.DIA MENGGUNAKAN AKU UNTUK PERGI KE PEJABATNYA.


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN,AKU TIDAK LAGI DAPAT DIGUNAKAN.AKU TELAH DI TEMPAT PERLUSUHAN KERETA.






Tuesday, February 3, 2009

Sembahyang


"Apa gunanya hidup seribu tahun kalau tidak bersembahyang ?" Kawan-kawan, Allah S.W.T. menjemput Nabi Muhammad S.A.W. untuk menerima ibadah sembahyang 5 waktu itu di Sidratul Muntaha yang terletak selepas langit ketujuh. Hanya Nabi yang boleh memasuki tempat tersebut. Malaikat Jibril A.S. yang sangat mulia disisi Allah S.W.T itu tidak dapat mengiringi Nabi ketempat itu. Bayangkan betapa mulia Nabi kita, dipilih untuk menerimanya sendiri untuk umatnya ? Berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain seperti Puasa, Zakat dan Haji yang disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S. ibadah sembahyang diterima terus daripada Allah S.W.T. Pada mulanya, ianya 50 waktu. Tetapi Allah yang maha pemurah itu telah mengurangkannya kepada 5 waktu tetapi pahalanya tetap 50 waktu ! Oleh itu kawan-kawan marilah kita menunaikan sembayang pada waktunya. Bak kata pepatah, "Apalah gunanya hidup seribu tahun jikalau tidak bersembahyang"

Monday, February 2, 2009

Khalifah


Dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah berfirman kepada para malaikat bahawa dia hendak menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Walaupun para malaikat menyuarakan kebimbangan mereka sebab manusia akan menumpahkan darah. Tetapi Allah tetap dengan kehendaknya. Sebab dia maha mengetahui. Nabi Adam A.S. adalah manusia yang pertama diciptakan oleh Allah. Dia dikurniakan ilmu yang banyak berbanding dengan malaikat. Allah perintahkan kepada para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam, yakni memberi hormat sebab dia berilmu. Tetapi iblis ingkar dan dia di murkai oleh Allah ! Kawan-kawan orang yang berilmu darjatnya tinggi di sisi Allah. Oleh itu, mari kita bersama-sama menuntut pelbagai ilmu untuk digunakan memakmurkan bumi ini.

Sunday, February 1, 2009

Kalam Allah


Alhamdulliah... saya belajar membaca Al-Quraan bersama bapa, emak dan adik setiap pagi Sabtu dan Ahad di Mesjid. Adik dan saya merupakan pelajar yang paling muda sekali. Ustaz menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar kami. Saya berasa sangat seronok sekali. Pada suatu hari saya terdengar bapa menceritakan bahawa datuk sangat bengis apabila mengajar bapa. Bapa pernah ditampar dan dibelasah dengan rehal Al-Quraan ! Ada diantara rakan bapa menceritakan bahwa ustaz yang mengajarnya sering bertukar ganti. Namun dia tidak pernah putus asa untuk terus belajar. Saya bercita-cita untuk mempelajari Al-Quraan hingga pandai dan mengajarnya kelak.