Tuesday, March 17, 2009

KENAPA BURUNG UNTA SEMBUNYIKAN KEPALA?

Setiap haiwan ada cara tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada musuh.Ada yang melarikan diri,ada yang menyamar dan tidak kurang juga tidak mampu buat apa-apa.Begitu juga dengan burung unta.Namun cara menyelamatkan diri burung unta boleh dikira unik juga.Kenapa?
Sekali pandang mungkin kita akan tergelak jika kita melihat cara burung unta menyelamatkan diri daripada serangan musuh.Ini kerana mereka akan membenamkan kepala mereka di dalam pasir.MMungkin bagi burung unta,dengan membenamkan kepala mereka di dalam pasir boleh membuatkan musuh tidak meyedari kewujudan mereka.
Namun mereka ada juga beberapa teknik menyelematkan diri yang lain seperti berlari selaju mungkin.Bukan itu saja,burung unta akan menggunakan kelebihan pada kakinya yang panjang untuk menendang musuh.Kakinya sungguh kuat sehingga mampu mencederakan musuh secara serius dan menyebabkan kematian pada pihak musuh.

No comments:

Post a Comment