Wednesday, March 4, 2009

KELUARGA SAYA


Setiap orang inginkan sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga yang bahagia dapat hidup dengan senang dan selesa dan mendapat rahmat daripada ALLAH.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.


Ayah saya ialah seorang yang tegas dan jujur.Dia bekerja di JABATAN PERTANIAN SABAH sebagai AKAUNTAN.Kerana beliau seorang AKAUNTAN,setiap perbelanjaan yang kami buat mesti ada tujaun dan direkodkan didalam buku catatannya..Ayah saya juga seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.Makanan kegemaran ayah saya ialah gado-gado,nasi lemak dan rojak.Mungkin kerana makanan kegemarannya makanan berlemak,dia telah menghidap penyakit jantung tersumbat.Pada 23 FEBRUARI 2009,ayah saya telah dimasukkan di klinik SMC untuk menjalani rawatan INDIOGRAM.Ayah saya amat sukamenonton filem cina aksi kung fu.





Ibu saya tidak bekerja,dia surirumah sepenuh masa.Dulu ibu saya adalah Guru KAFA dan mengajar di Sekolah Agama Islam Sabah Kg.Rancangan Klias,Beaufort.Setelah saya dan adik saya lahir ibu berhenti kerja dan kami berpindah ke Kota Kinabalu tinggal bersama ayah.Sekarang ibulah yang menghantar dan mengambil saya dan adik ke sekolah.Saya kasihan dengan pengorbanan ibu,jam 4.30 pagi lagi sudah bangun membuat persiapan kami untuk sarapan.Ibu saya suka mengemas rumah,dia suka makan soto ayam buatan sendiri..eemmm sedap.

Adik saya seorang yang sangat aktif.Dia amat suka membaca buku.Di mana saja dia berada mesti dengan buku,masa makan baca buku,dalam kereta baca buku,nak tidur baca buku malah masuk tandas pun dia akan baca buku.Dia juga suka pergi ke perpustakaan membaca buku dan merekod semua bacaannya di dalam buku Nilam.Selain itu adik saya juga suka melukis dan bermain badminton.

Begitulah sedikit cerita tentang keluarga saya.

No comments:

Post a Comment