Tuesday, March 17, 2009

AZAN 24 JAM


''Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah....Ketahuilah bahawa pada setiap waktu,ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan,mengakui''Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah''.Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh,Azan mula berkumandangdari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia.Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 1/2 jam.Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai,ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta,tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini,Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.Belum berakhir di Pakistan,Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam.Dalam jangka masa ini,Azan akan berterusan dilaungkan di UEA,Makkah,Madinah,Yaman,Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 1/2 jam,Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik,Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.Ini berterusan bagisetiap waktu sembahyang,tidak putus-putus.
Subhanallah,begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang PEMBESAR SUARA(YANG POWER HABIS!),akan bergegar satu dunia dengan laungan AZAN tidak putus-putus.

ALLAHU AKHBAR!

No comments:

Post a Comment