Thursday, March 19, 2009

KEHEBATAN JERUNG


Ikan jerung atau yu sudah wujud di dunia sejak 400 juta tahun lalu.Jerung adalah daripada kelompok superordo selachimorpha.Ada kira-kira 30 jenis jerung di seluruh dunia.Jenis-jenis jerung ini dapat dikenali melalui sirip,tulang belakang,hidung dan bentuk badannya.Ia bernafas menggunakan lima hingga tujuh liang insang,bergantung pada spesiesnya.Insang tersebut terletak di tepi atau belakang kepala.
Kawan-kawan tentu tahu bagaimana jerung mendapatkan mangsanya.Rahang jerung adalah yang paling kuat di dunia-kekuatannya menyamai keupayaan mengangkat sebuah kereta!Jerungboleh menggerakkan kedua-dua rahang atas dan bawahnya untuk cengkamam maksimum.Ditambah pula dengan kedudukan giginya yang berlapis-lapis,antara lima hingga 15 lapis.Gigi jerung sentiasa berganti -secara puratanya seekor jerung akan mempunyai 20,000 batang gigi sepanjang hayatnya,iaitu 20-30 tahun.Selain bersaiz besar,ada juga jerung yang cuma sebesar tapak tangan iaitu daripada jenis pigmi.

No comments:

Post a Comment