Tuesday, March 17, 2009

MENGUAP ADA MAKNA!


Tahu tidak mengapa orang menguap?Menurut satu kajian terkini, satu punca utama yang menyebabkan orang menguap ialah untuk mengawal suhu otak.Jadi apabila kepala seseorang itu berrasa panas,orang itu pasti akan menguap tidak lama kemudian.
Orang juga akan menguap apabila keletihan atau tidak cukup tidur,Ini kerana keadaan itu menyebabkan suhu otak mereka meningkat.
Kuapan yang berlebihan pada induvidu boleh menjadi petanda masalah menyejukkan otak.Pesakit sklerosis sering mengalami kuapan berlebihan kerana penyakit itu berkaitan dengan disfungsi mengawal suhu.Kuapan berlebihan juga adalah petanda seseorang pesakit sawan akan mengalami kekejangan dan meramalkan ketibaan sakit kepala kepada orang yang menghidap migran.
Jadi,beri perhatian kepada kuapan anda.Ia bukan hanya semata-mata menandakan anda bosan.

No comments:

Post a Comment