Thursday, March 19, 2009

BETULKAH PENYU MENANGIS?


Di Malaysia penyu amat popular di kawasan Terengganu.Ia menjadi pusat pendaratan bagi penyu spesias Agar untuk bertelur.Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan salah satu tempat pilihan bagi penyu mendarat untuk bertelur.Selain Terengganu,negeri Johor,Pahang dan Pulau Pinang turut menjadi lokasi penyu bertelur.
Ada mitos yng mengatakan penyu menanggis semasa mengeluarkan telurnya.Betul ke? Sebenarnya apabila penyu berada di darat ,ia perlu merembeskan garam yang berlebihan di dalam badannya.Oleh sebab penyu lebih banyak menghabiskan masanya di dalam laut,maka kandungan garam dalam badannya turut tinggi.
Salah satu cara penyu merembeskan garam di dalam badannya adalah melalui mata.Dengan itu air bercampur garam akan keluar melalui mata.Keadaan inilah yang membuatkan orang melihatnya menyangkakan penyu itu sedang menangis!

No comments:

Post a Comment