Wednesday, March 18, 2009

HAJAR ASWAD BATU DARI SYURGA


Ada dua batu yang berada di Mekah itu berasal dari syurga.Selain Hajar Aswad,Makam Ibrahim juga adalah batu mutiara dari syurga dan kedua-duanya akan dikembalikan ke syurga semula.

Hajar Aswad itu adalah batu mutiara syurga yang diturunkan dari langit dan memiliki cahaya.Ketika berada di muka bumi cahayanya padam.Sekiranya Allah swt tidak memadam cahayanya sudah tentu ia akan menerangi ruang antara dan bumi.


Sekiranya ia tidak disentuh oleh tangan-tangan jahiliah,ia boleh menyembuhkan penyakit kusta dan buta.Pada hari kiamat nanti,Hajar Aswad akan nampak lebih besar daripada gunung Abu Qubais.Ia memiliki lidah dan sepasang bibir sehingga boleh menceritakan tentang orang yang pernah mengusapnya dengan niat yang tulus.


Nabi s.a.w pernah bersabda kepada Aishah r.a ketika mereka berdua sedang melakukan tawaf di Kaabah dan mencium Hajar Aswad;''Aishah,kalaulah Hajar Aswad ini tidak disentuh oleh najis serta noda jahiliyah,nescaya ia boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.Sekarang ini bentuknya masih tetap seperti ketika Allah swt menurunkannya dari langit.Dan nanti Allah swt akan mengembalikan seperti pertama kali ia diciptakan.Sesungguhnya ia adalah batu mutiara putih dari syurga,tetapi Allah swt mengubahkannya kerana perbuatan derhaka (dosa) sebahagian manusia.Allah swt sengaja menutup keindahannya,sebab belum masanya diizinkan bagi manusia melihat sesuatu yang berasal dari syurga.


Sarung yang menjadi bingkai kepada batu Hajar Aswad telah ditukar sebanyak dua kali semenjak ia diletakkan di bucu Kaabah.Sarung yang ditukar itu telah disimpan di sebuah ruang seperti muzium yang terletak di bawah Kabbah.

No comments:

Post a Comment