Tuesday, February 3, 2009

Sembahyang


"Apa gunanya hidup seribu tahun kalau tidak bersembahyang ?" Kawan-kawan, Allah S.W.T. menjemput Nabi Muhammad S.A.W. untuk menerima ibadah sembahyang 5 waktu itu di Sidratul Muntaha yang terletak selepas langit ketujuh. Hanya Nabi yang boleh memasuki tempat tersebut. Malaikat Jibril A.S. yang sangat mulia disisi Allah S.W.T itu tidak dapat mengiringi Nabi ketempat itu. Bayangkan betapa mulia Nabi kita, dipilih untuk menerimanya sendiri untuk umatnya ? Berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain seperti Puasa, Zakat dan Haji yang disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S. ibadah sembahyang diterima terus daripada Allah S.W.T. Pada mulanya, ianya 50 waktu. Tetapi Allah yang maha pemurah itu telah mengurangkannya kepada 5 waktu tetapi pahalanya tetap 50 waktu ! Oleh itu kawan-kawan marilah kita menunaikan sembayang pada waktunya. Bak kata pepatah, "Apalah gunanya hidup seribu tahun jikalau tidak bersembahyang"

No comments:

Post a Comment