Monday, February 2, 2009

Khalifah


Dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah berfirman kepada para malaikat bahawa dia hendak menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Walaupun para malaikat menyuarakan kebimbangan mereka sebab manusia akan menumpahkan darah. Tetapi Allah tetap dengan kehendaknya. Sebab dia maha mengetahui. Nabi Adam A.S. adalah manusia yang pertama diciptakan oleh Allah. Dia dikurniakan ilmu yang banyak berbanding dengan malaikat. Allah perintahkan kepada para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam, yakni memberi hormat sebab dia berilmu. Tetapi iblis ingkar dan dia di murkai oleh Allah ! Kawan-kawan orang yang berilmu darjatnya tinggi di sisi Allah. Oleh itu, mari kita bersama-sama menuntut pelbagai ilmu untuk digunakan memakmurkan bumi ini.

No comments:

Post a Comment