Sunday, February 1, 2009

Kalam Allah


Alhamdulliah... saya belajar membaca Al-Quraan bersama bapa, emak dan adik setiap pagi Sabtu dan Ahad di Mesjid. Adik dan saya merupakan pelajar yang paling muda sekali. Ustaz menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar kami. Saya berasa sangat seronok sekali. Pada suatu hari saya terdengar bapa menceritakan bahawa datuk sangat bengis apabila mengajar bapa. Bapa pernah ditampar dan dibelasah dengan rehal Al-Quraan ! Ada diantara rakan bapa menceritakan bahwa ustaz yang mengajarnya sering bertukar ganti. Namun dia tidak pernah putus asa untuk terus belajar. Saya bercita-cita untuk mempelajari Al-Quraan hingga pandai dan mengajarnya kelak.

No comments:

Post a Comment